Pages

IHYA RAMADAN

Kami Hulurkan Salam Ramadan kepada semua.
KEMBARA BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM

Ihya Ramadhan


Perkataan yang dipinjamkan dari Bahasa Arab di atas telah pun membawa maksud hasrat hati saya "Hidupkan Ramadhan". Saya harap dan saya mahu Ramadhan saya kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup saya selama ini.

Ramadhan dan Taqwa


Di sini saya akan memperkatakan tentang ayat Qur'an yg kita telah belajar sejak sekolah rendah. Tapi saya rasa ia bermakna kerana Allah menjanjikan taraf taqwa buat hambanya yang mengerjakan ibadah ini dengan sebaik-baiknya.

(Firman Allah SWT)

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}.
"Wahai orang-orang yg beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (2:183)

Jelas sekali bahawa puasa yang ditunaikan dengan sebenar-benarnya, zahir dan batin akan mampu mengangkat seseorang mukmin itu ke darjat taqwa. Taqwa adalah satu tingkat yg tinggi dan untuk mencapainya ia memerlukan kesungguhan dari kita agar kita mendapat taqwa yang dijanjikan oleh Allah tersebut. Ia sukar, tetapi janji Allah itu pasti.

Ibadah puasa juga istimewa kerana Allah SWT telah menegaskan dalam sebuah hadith Qudsi yang sering kita dengar,

“Kulluu ‘amali ibnu aadama lahu illash-shiyaam. Fa innahu lii wa ana ajzii bihi (setiap amal manusia untuk dirinya sendiri, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk aku. Dan akulah yang membalasnya)”.

Kenapa Allah mengatakan bhw "Aku akan membalasnya?". Adakah ibadah lain tidak dibalas Allah?

Hadith yang di Riwayat oleh Abu Hurairah, sabda Rasul SAW;

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ الصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ‏.‏ مَرَّتَيْنِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، الصِّيَامُ لِي، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ‏"‏‏.‏

Sabda Nabi SAW:
" Puasa adalah sebagai perisai atau pelindung bagi insan yang beriman.Mereka yang sedang berpuasa mesti tidak mengikut hawa nafsu, tiada jimak, dan sentiasa berakhlak mulia. Jika ada yang ingin mengatakan atau melakukan perkara yang dilarang kepadanya,katakan kepada mereka ' saya sedang berpuasa' sebanyak dua kali dan jauhi mereka."
Sabda Nabi SAW lagi'
"Demi Allah dimana nyawaku di tanganNya, bau mulut mereka yang sedang berpuasa lebih baik dari haruman paling wangi pada pandangan Allah SWT.

Allah SWT telah berfirman, yang marhumnya;
"mereka telah meninggalkan makan, minum dan nafsu kerana mengharapkan rahmatKU,Maka akan AKU balas akan kebaikan itu sepuluh kali ganda"

Inilah kata-kata yang memberikan isyarat Rabbaniah dari Allah akan istimewanya ibadah puasa. Ada pendapat ulama' yang mengatakan bahawa amalan - amalan lain akan terus dicatat oleh malaikat sebaik shj kita lakukannya tetapi ibadah puasa akan dikendalikan oleh Allah sendiri. Ini adalah kerana ibadah puasa bersifat 'rahsia' atau istilah Arabnya 'sirriyyah'. Orang lain tidak nampak dan tidak tahu bilakah kita berpuasa dan benarkan kita benar-benar berpuasa. Sifatnya yg 'rahsia' ini menyebabkan ia adalah amat dekat dengan keikhlasan. Bukankah syarat amal diterima itu ialah pelakunya mesti ikhlas?

Itulah sebabnya mengapa Allah menegaskan bahwa Dia sendiri yang akan membalas amalan puasa ini. Berpuasa mengajar kita erti keikhlasan kerana orang tidak nampak kita berpuasa, bukan seperti ibadah-ibadah lain yg apabila kita melakukannya orang akan nampak. Ramai orang mengetahui tentang kebaikan kita akan mendekatkan kita dengan sifat riya'.

Kesimpulannya, ibadah puasa pada bulan bukan Ramadhan pun sudah istimewa, apatah lagi pada bulan penuh berkat ini. Jadi sudah seharus malah wajib sungguh kita melayani Ramadan ini dengan penuh istiqomah dan taqwa. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment