Ljubljana sebuah
bandar yang cantik,bersih dan tersusub terus memelihara tradisi lama, dijajah
hampir 500 tahun, senibina penjajah terus di pelihara dan bangunan lama di
baikpulih dan di menafaatkan. Kesan2 sejarah tinggalan Empayar Roman di “City
of Emona dan juga bangunan Roman ditengah bandar Ljubljana termasuk istana
zaman medieval atau zaman pertengahan Eropah dengan arkitektur indah bentuk
paparan “Baroque”, tiang dan gerbang2 yang diukir indah dan bumbung yang
berbagai bentuk dan rupa. Senibina yang signifikan adalah leparan atau
hiasan=hiasan mosaik Ljubijana yang menghiasi jambatan2 bersejarah mereka yang
merentasi sungai Ljubljanica juga taman Tivolli yang merentasi sehingga ke
bahagian tengah bandar Ljubljana . Senibina yang di ilhamkan oleh begitu ramai
pereka bentuk dan arkitek terbilang seperti Joze Plecnik, yang meninggalkan
tanda keseniannya di bandar Ljubljana Banyak lagi bangunan yang direka bentuk
Plecnik di sekitar bandar Ljubljana. Kerajaan Slovenia terus mendidik raayat
dan para akitektur memelihara unsur tardisi dalam pembanguna negera mereka.
Bandar
Ljubljana's dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi yang terus
dipelihara. Berbagai budaya dan keseniaan terus segar kerana latar belakang
negara yang telah menempuh zaman penjajahan yang agak lama, sejarah yang
melingkari kewujudan negara itu sendiri memberi kekayaan dalam budaya dan
kesenian. Ini melibatkan senibudaya yang merentasi banyak zaman. Begitu juga
dengan makanan yang melambangkan tradisi dan keunikan budaya yang mereka lalui.
Slovenia sebuah negara yang kini telah merdeka adalah antara negara yang paling
kecil di Eropah Timur. Mempunyai penduduk sekitar kurang dari 2 juta orang.
Kita boleh melihat kepelbagaian Slovenia dan Ljubljana dalam satu atau dua hari
saja. Kita boleh mengalami keindahan pantai di Slovenia dan kesegaran bunga-bungaan
dan tumbuhan di gunung Alpine di bahagia utara nya. Ljubljana adalah sebuah
bandaraya Alpen yang masih mengekalkan tradisi bangsa Eropah tua, dari bangsa
Slav..
Ada banyak tasik Alpen yang indah
di Slovenia - seperti Tasik Bled dan Tasik Bohinj dan Tasik Cerknica. Tasik
Bled antara Tasik yang paling ramai dikunjungi pelancung, kerana Istama lama
yang terletak ditepian tasik dan juga pulau kecil di tengah2 tasik.
Kami makan di Restoren ni. |
Tasik Bled terus
dipelihara dan diuruskan dengan baik, tiada bot berenjin dibenarkan berada di
dalam Tasik. Memancing hanya pada waktu2 tertentu, dan kita akan terpegun
dengan keindahan Tasik Bled berlatar belakang, gunung Alpen yang diliputi
salji...di tepian Tasik terdapat rumah2 peranginan dan hotel2 sederhana juga
“homestay” yang akan penuh bila tiba musim panas. Bandar kecil Bled umpama
sebuah pekan kecil yang bersih dan nyaman sesuai dengan tempatnya sebagai
sebuah resort atau pusat rekreasi yang indah. Kedamaian dan keindahan semula
jadi menjadikan Tasik Bled dan kawasan sekitarnya tempat istirehat dan beriadah
dikalangan pelancung dan juga rakyat Slovenia.
Luar Bandar Slovenia
Di tepian Tasik
Bled juga terdapat sebuah rumah besar atau 'mansion” juga Istana yang dulu
menjadi kediaman musim panas Presiden Tito yang menjadi pemerintahan tertinggi
negara Yugoslavia.
Menuju ke Restoren |
Tercetusnya
perperangan saudara ini kita menyaksikan, munculnya negara2 baru seperti di
atas.
Agama
Slovenia yang
majoritinya menganut agama kristian ortodok,dan terdapat juga yang beragama
Islam di sekitar Ljubljana's.
Croatia juga
rakyatnya menganut agama kristian ortodok dan sebilangan umat Islam ada di
bandaraya Zagreb ibu negaranya.
Bosnia
Herzagovina – hampir 70 peratus beragama Islam yang dibawa masuk oleh bangsa
Turki .
Albania – hampir
80% umat Islam mendiami negara ini yang bersempadan dengan Greece. Namun
pengaruh Turki masih kuat di negara ini. Begitu juga dengan Kosovo dan
Chenchya.
No comments:
Post a Comment