KEMBARA DUNIA
Kami tiba ke-Kota Cordoba pada waktu
hampir tengahari, cuaca di Cordoba agak baik, sedikit panas tetapi
angin sejuk terus sahaja memberi nyaman. Sesampai kami dikawasan
perhentian bas-bas pelancung,terpegun melihat suasana keliling yang
begitu tenang. Bas pelancung mesti diletakan diruang yang disediakan,
diseberang sungai dari kota Cordoba, Kami harus merentasi jambatan yang
dulu dibina oleh orang Islam, semasa pemerintahan Khalifah di Sepanyol
dimana ketika itu dikenali sebagai Andalusia..
Jambatan
yang dibina hampir 400 meter panjang dan sudah tentu begitu terserlah
senibina Islam kelihatan padanya. Kami terpegun, Islam begitu jauh maju
kehadapan bidang senibinanya jika dibandingkan dengan senibina Eropah
yang masih dalam kegelapan ketika itu.Merentasi jambatan binaan orang
Islam senibina moorish mengimbau kembali, disini pernah Islam bertapak
dimana penganut Islam ramai dikalangan orang Sepanyol yang dulunya
beragama Islam.
Tertegak Islam ketika itu tanpa paksaan,begitu ramai bangsa yang dalam kegelapan mendapat cahaya Islam.
Kami
lalui jejak-jejak dakwah Islam disini, melihat dengan mata sendiri
indah dan kukuhnya senibina tingalan umat Islam. Hampir 700 tahun Islam
bertapak kukuh di Sepanyol. Tembok-tembok yang dibina begitu
mengkagumkan, kukuh, penuh dengan ukiran2 bertema Islam.
Cuaca
begitu nyaman disini, tenang dan sekali-sekala kedengaran derap
langkah dari kereta kuda yang dinaiki pelancung-pelancung mengelilingi
Kota Cordoba.
Namun
begitu sebaik kami melangkah masuk kedalam perkarangan Kota Lama
Cordoba di ruang halaman yang dipenuhi pohon2 limau yang berusia ratusan
tahun menghiasinya. Namun buah nya tidak boleh dimakan-itu kata pemandu
pelancung, bukan sebab dilarang tetapi tidak sesuai untuk
dimakan...entah apa sumpahannya.
Hati
menjadi hiba dan terasa pilu bila melangkah masuk ke"Mesquita" yang
dulunya Masjid yang ketiga terbesar selepas "Al Haram" dan "Masjid
Nabawi". Mesquita tidak lagi menjadi mesjid orang Islam-kini menjadi
ruang yang dirampas bagi penganut kristian mendirikan atau di ubah suai
membina gereja2 kecil untuk aliran2 kristian yang banyak itu.
Yang
tinggal hanyalah tiang2 yang indah ukiran senibina Islam yang ribuan
jumlahnya. Yang tinggal hanyalah mihrab masjid sahaja yang kini
dijadikan bahan pameran untuk menjadi saksi dulu disini Islam pernah
tertegak.
Kenapa jadi begitu? Benar sungguhlah firman Allah SWT "
Firman Allah yang bermaksud:
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak
menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi
sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui”.
(Surah al-Baqarah: ayat 216)
Untuk menyingkap mengapa jatuhnya Andalusia bersama kami bermusafir ke Cordoba, Andalusia, Sepanyol.
No comments:
Post a Comment