Istanbul kota tua Turki, adalah kota tempat bertemunya timur dan barat, kota yang merupakan bagian dari dua benua yaitu Asia dan Eropa. Kota "dua benua" ini menyimpan kebudayaan yang sangat beragam, yakni budaya barat bercampur dengan budaya tradisional dari timur. Bangunan-bangunan dan benda-benda seninya merupakan percampuran dari kebudayaan asli Turki, Byzantine dan Romawi.Aktiviti bisnis perekonomian, perindustrian, pelancungan, hiburan dan pendidikan bekembang pesat di kota ini.
Melancung ke Istanbul bagai mengimbau ke masa lalu. Berbagai bangunan peninggalan masa kerajaan Byzantium, Romawi dan Ottoman tetap terjaga, berdampingan dengan bangunan-bangunan modern yang terus berkembang pe
Sekitar pemandangan bahagian dalam taman Istana Tokapi di Istanbul |
Pintu masuk utama keruang taman bahagian dalam Istana Tokapi,Istanbul,Turki. |
Sekitar kawasan taman Istana Tokapi, Istanbul, Turki. |
Sekitar pemandangan taman di keliling Istan Tokapi,Istanbul.Turki |
Salah satu tempat kunjungan utama pelancung-pelancung yang diminati karena keunikannya adalah Bosphorus. Bosphorus bukanlah sebuah sungai, tetapi selat yang menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara, selat yang memisahkan antara Turki bagian Asia dan bagian Eropa. Untuk menjelajahi Bosphorus kita dapat menggunakan kapal feri.
Perjalanan dapat dimulai dari Eminonu sampai ke laut Hitam. Suatu perjalanan yang sangat mengasyikkan seperti Istana Dolmabahce, Istana Belerbeyi yang berlokasi tidak jauh dari jembatan yang menghubungi Asia dengan Eropa. Selain istana-istana tersebut juga terdapat bangunan hotel, restoran, dan rumah-rumah di sepanjang Bosphorus yang merupakan perpaduan arsitektur Eropa dan arsitektur Asia.
Tempat bersejarah lainnya yang sangat menarik adalah Istana Tokapi, yang merupakan istana terbesar di Istanbul. Sejak 1924, istana Topkapi berubah fungsi menjadi museum. Dahulu Topkapi adalah istana tempat tinggal sultan dan merupakan pusat pemerintahan Turki pada masa lalu. Istana Topkapi merupakan bangunan khas Turki yang mempunyai taman-taman indah yang menghubungkan antara satu bangunan dengan bangunan lainnya. Taman-taman yang hijau ini dipenuhi pohon-pohon besar yang rindang. Istana yang kini menjadi museum ini menyimpan banyak hasil karya seni dan peninggalan bersejarah yang tidak ternilai harganya.
Bangunan lain yang mesti dikunjungi pelancung ialah Istana Dolmabahce.
Bangunan ini perpaduan senibina Eropa yang menyimpan koleksi-koleksi
benda-benda kuno dan alat istana seperti kelengkapan binaan kayu, karpet sutra dan
lukisan dinding.
Istanbul terkenal pula sebagai tempat perdagangan yang ramai dikunjungi pedagang2 . Terdapat dua tempat perdagangan yang sangat terkenal yaitu Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Grand Bazaar merupakan pasar tertua dan terbesar di Istanbul yang berlokasi di tengah-tengah kota. Pasar Ini terdiri dari ribuan kedai2 yang menjual benda kerajinan tangan bermutu tinggi, perhiasan, barang-barang antik dan aneka jenis barang lainnya yang merupakan produk asli dari Turki.
Spice Bazaar (Bazar rempah-rempah) atau disebut juga Egyptian Bazaar merupakan pasar yang unik dan menarik. Di sini dijual berbagai macam rempah-rempah, kaviar (telur ikan beluga), sosis, keju dan barang kerajinan tangan khas dari Turki. Dalam melakukan transaksi berbelanja di Istanbul tidak hanya dapat dilakukan dengan wang nasional mereka saja yaitu lira, tetapi juga boleh dengan dolar Amerika dan euro. Jadi, Anda dapat dengan mudah berbelanja tanpa perlu mencari tempat penukaran mata uang asing.
Istanbul terkenal pula sebagai tempat perdagangan yang ramai dikunjungi pedagang2 . Terdapat dua tempat perdagangan yang sangat terkenal yaitu Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Grand Bazaar merupakan pasar tertua dan terbesar di Istanbul yang berlokasi di tengah-tengah kota. Pasar Ini terdiri dari ribuan kedai2 yang menjual benda kerajinan tangan bermutu tinggi, perhiasan, barang-barang antik dan aneka jenis barang lainnya yang merupakan produk asli dari Turki.
Spice Bazaar (Bazar rempah-rempah) atau disebut juga Egyptian Bazaar merupakan pasar yang unik dan menarik. Di sini dijual berbagai macam rempah-rempah, kaviar (telur ikan beluga), sosis, keju dan barang kerajinan tangan khas dari Turki. Dalam melakukan transaksi berbelanja di Istanbul tidak hanya dapat dilakukan dengan wang nasional mereka saja yaitu lira, tetapi juga boleh dengan dolar Amerika dan euro. Jadi, Anda dapat dengan mudah berbelanja tanpa perlu mencari tempat penukaran mata uang asing.
Melancung di Istanbul ,selain tempat bersejarah masih ada beberapa tempat menarik yang cukup baik, seperti Taksim Square yanbg
merupakan pusat kota modern Istanbul. Banyak hotel berbintang berdiri
di sini, restoran dan pusat kehidupan malam lainnya. Di samping itu juga
terdapat pusat kebudayaan Ataturk. Tempat ini merupakan tempat
berkumpulnya komuniti-komuniti untuk merayakan tahun baru, festival seni, pesta
musik, perarakan dan pertunjukan lainnya.
ISTANA
Topkapi di Istanbul menjadi mercu tanda kejayaan Empayar Uthmaniyah di
Turki dan secara tidak langsung ia juga menjadi bukti kecemerlangan
empayar Islam ini dalam bidang seni bina.
<iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/q4_1AYhQuqk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Kerja-kerja
pembinaan dalam kawasan Empayar Uthmaniah terletak di bawah bidang
kuasa ketua arkitek yang berkhidmat dan melaporkan semua perkara secara
terus kepada sultan. Salah seorang ketua arkitek Uthmaniyah yang
mempunyai bakat dan kemahiran luar biasa dalam bidang seni bina ialah
Sinan.
Sinan dilahirkan pada tahun 1490 Masihi di sebuah wilayah kecil di luar Anatolia.
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga seniman yang mahir dalam
kerja-kerja pembinaan melibatkan batu dan kayu. Setelah dewasa, Sinan
membantu keluarganya dalam perniagaan ini sebelum berhijrah ke Istanbul.
Setelah sampai di Istanbul,
beliau mendapat pendidikan dalam bidang pertukangan di sebuah sekolah
persediaan yang ditubuhkan oleh Empayar Uthmaniah. Selepas itu, Sinan
berkhidmat sebagai tentera yang dikenali sebagai Janissari ketika
pemerintahan Uthmaniah.
Bakat
dan kesungguhan beliau ketika berkhidmat di dalam pasukan tentera
Uthmaniah dihargai dengan dianugerahkan beberapa kenaikan pangkat
seperti kapten pasukan tentera pejalan kaki, kemudian komander pasukan
pemanah dan seterusnya sebagai sarjan pasukan tentera elit yang menjaga
keselamatan Sultan.
Sewaktu
berkhidmat sebagai tentera elit, bakat beliau dalam seni bina telah
diketengahkan oleh seorang arkitek diraja yang bernama Lutfi Pasha.
Ia bermula dalam satu kempen ketenteraan dalam kemaraan tentera Uthmaniah di Vienna di bawah pimpinan Sultan Sulaiman pada awal abad ke 16 Masihi. Ketika tiba di tempat bernama Moldavia, pasukan tentera Uthmaniah menghadapi masalah untuk menyeberangi sungai.
Oleh
itu, pasukan tentera berusaha beberapa hari untuk membina jambatan
tetapi usaha mereka gagal kerana jambatan tersebut tenggelam di dalam
lumpur dan hanyut dibawa arus.
Arkitek
diraja yang mengikuti kempen tersebut telah mengarahkan Sinan untuk
mengetuai pasukan yang baru dalam membina jambatan yang diperlukan dan
beliau berjaya melakukannya.
Dalam
satu lagi kempen ketenteraan, Sinan telah diarahkan membaikpulih dua
buah makam ulama Islam di Baghdad selepas tentera Uthmaniah berjaya
memasuki Baghdad. Makam dua orang ulama Islam yang dibaik pulih oleh
Sinan ialah makam Abu Hanifa dan makam Abd. al-Qadir al-Gilani.
Beliau
menggunakan teknik binaan yang hampir sama dengan binaan kompleks
Masjid Sulaiman yang dibina kemudiannya iaitu menggunakan batu bata
sebagai struktur.
Setelah banyak kali menyertai kempen ketenteraan, beliau dilantik sebagai arkitek diraja pada tahun 1537.
Beliau
telah berjaya mengekalkan kedudukan di dalam jabatan arkitek diraja di
bawah pemerintahan beberapa orang Sultan Uthmaniah seperti Suleiman I,
Selim II dan Murad III. Kejayaan yang paling ulung ialah dilantik Ketua
Arkitek Diraja dan diberi gelaran Mimar Sinan Pasha.
Beliau
membina lebih 300 binaan terdiri daripada kompleks masjid, makam,
sekolah dan tempat mandian awam. Antara seni binanya yang dikagumi
sehingga ke hari ini adalah Kompleks Masjid Sultan Sulaiman dan Kompleks
Masjid Sultan Selim.
Kedua-dua
seni bina ini dikatakan mempunyai saiz kubah terbesar pada abad ke 16
dan 17 Masihi. Selain kubah, beliau juga mempunyai gaya tersendiri dalam
mencipta bentuk tangga di empat menara yang tinggi di setiap kompleks
masjid yang dibina. Tangga yang dicipta kelihatan seakan-akan terjalin.
Selain
membina bangunan yang besar dan indah untuk kegunaan empayar, Sinan
juga ditugaskan memantau dan membaiki sistem pengairan di dalam empayar.
Beliau perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi penduduk dan menyelesaikan masalah bekalan air terutamanya ke kawasan bandar.
Sumber
air sering terletak di kawasan luar bandar dan beliau telah mencipta
sistem pengairan yang baik bagi bandar Istanbul yang melibatkan sistem
pengairan bawah tanah.
Sistem ini membantu penyaluran bekalan air bersih ke kawasan masjid, istana dan rumah mandi awam.
Kejayaan
Sinan dalam seni bina juga disokong oleh faktor penaung iaitu Sultan
Sulaiman yang amat mengambil berat tentang seni bina di dalam zaman
pemerintahan baginda.
Antara
ciri seni bina yang digemari oleh Sultan Sulaiman dan Sinan adalah
penggunaan jubin Iznik dalam hiasan dalaman seni binanya.
Bahan
ciptaan seni bina Mimar Sinan ada dalam pameran Al-'ilm: Sains dan
Innovasi Dunia Islam yang sedang berlangsung dari 24 Februari - 29 Mei
2011 di Galeri Khas 2 Muzium Kesenian Islam Malaysia.
No comments:
Post a Comment