Pages

MENJEJAK LALUAN SUTERA CHINA

KEMBARA KE CHINA PROVINSI XINJIANG, (WILAYAH TURPAN/DUNHUANG)

Bergambar bersama Tuan punya Restoren(berkopiah putih) 
Kami singgah di sebuah bandar kecil sebelum tiba ke Hami yang menjadi pusat pentadbiran Wilayah Turpan. Sebelum kami menuju ke Dunhuang yang jauhnya lebih kurang 500 Kilometre dan merentasi Padang Pasir Gobi dan Taklamakan. Disini kami berkesempatan mengalas perut, Ada beberapa Restoran Muslim di bandar kecil ini. Ada sebuah Restoran Mee Bola daging yang agak terkenal. Rezeki kami dapat menikmati Mee Wanton Bola Daging yang halal di sebuah Restoran Muslim yang diakui halal oleh Persatuan China Muslim Shandong, Zhanjiang. Kelihatan sebagian group kami bergambar kenangan dengan tuan punya Restoren Omar Chan.


Masjid Dunhuang agak besar dari kebanyakan masjid di Malaysia. Ini bagi menampung jemaah penduduk Dunhuang yang menjadi majoriti penduduk disini.
 Laluan sutera zaman silam, mengingatkan kita akan ketamadunan manusia ribuan tahun dahulu,perdagangan telah menjadi salah satu punca penyebaran kependudukan manusia dimuka bumi ini. Hubungan dagang antara satu wilayah yang kemudian menjangkau satu negara ke satu negara yang lain, menjadi penyebab utama kelahiran manusia yang pelbagai ras dan keturunan dimulakan oleh perlkahwinan di antara - bangsa -bangsa yang berlainan.Laluan sutera yang bermula dari kota lama Xian atau dulu dikenali sebagai Chang An di Utara -Tengah Cina menjadi permulaan jalan dagang utama tenggara Asia yang bersambung -sambung sehingga sampai di pinggir pantai Mediterane. 
Jalan jalan laluan sutera ini menyusuri koridor koridor Hexi sebelum bersimpang menuju ke selatan sehingga ke benua India melalui jalan jalan serta denai--denai yang merentasi banyak negara seperti Afghanistan,Pakistan dan jauh menerjah kebahagian barat Asia Tenggara ke kota tua Samarkand, Bukhara, Pesia atau Iran dan kebahagian timur laut Mediterranean. Bandar Dunhuang ini, sudah lama terdiri. menjadi bandar persinggahan pedagang laluan sutera ketika itu. Para kafilah dagang (atau merchant caravan) akan berhenti berehat dan ada yang bermalam pada zaman dahulu. Kedudukan Dunhuang adalah berhampiran dengan Padang Pasir Gobi, pedagang akan berhenti disini untuk makan minum dan istirahat sebelum merentasi Padang Pasir Gobi, atau sebaliknya. Kerana Padang Pasir Gobi agak luas juga untuk ditempuh.




.
Dunhuang terkenal dengan "sand dune" yang begitu hampir dengan bandar Dunhuang ada pelbagai aktiviti boleh di alami bila berada disini, sebahagian dari kami yang menunggang unta.
Restoren Muslim dimana kami sempat menikmati Mee Bola Daging.
Ribuan tahun pedagang-pedagang dengan kabilah-kabilah mengunakan unta yang diangkut penuh dengan batu permata berharga seperti ambar,rubi, batu jed, wangian dan yang lebih utama kain-kain sutera yang menjadi pilihan mereka yang berkedudukan termasuk raja2 dan ratu2 yang memerintah berbagai empayar ketika itu. 


Omar Chan pemilik Restoren Mee Bola Daging
 Barangan hasil sutera bukan lah sahaja barangan yang di dagangkan, malah laluan penuh bersejarah ini menjadi, perantara perkembagan ilmu dan kepakaran diantara negara yang dilalui oleh kabilah-kabilah dagang yang mengunakan laluan sutera ini.Bahagian laluan sutera dinegara Cina menjadi perantara perkembangan agama. Agama Islam terus di usahakan oleh sahabat Nabi SAW dengan berdakwah. Mereka mengikuti jejak jejak mereka yang terdahulu mengembangkan Islam sebagai satu jihad yang di tuntut oleh Allah SWT.Walau pun agama budhha dan fahaman filosof di Cina, namun masyarakat Islam terus mempertahankan hak2 mereka dengan mengembangkan ajaran Islam di laluan sutera ini.


Pekerja majlis muslim sedang melakukan tugasan nya.
Dunhuang adalah sebuah bandar yang amat penting pada zaman kegemilangan itu, Dunhuang yang terletak di kawasan Padang Pasir Gobi adalah salah satu oasis atau tempat sumber air bagi pedagang dan pendakwah yang melalui laluan sutera ini. Dunhuang menjadi salah satu tempat persinggahan yang terpenting di penghujung bahagian utara tanah besar Cina ketika itu. Terletak penghujung provinsi Gansu yang berhampiran pinggir padang pasir Taklamakan, Dunhuang menjadi persimpangan laluan sutera yang juga melingkari laluan zaman silam melintasi Padang Pasir Gobi, Padang Pasir Taklamakan yang kemudian bertemu dengan satu lagi tempat persinggahan iaitu Kashgar yang terletak di bahagian paling barat negara Cina. yang kejauhannya antara dua tempat ini adalah 2200 kilometer, diantara dua Oasis inilah dikenali sebagai laluan sutera yang penuh bersejarah juga laluan yang paling  bahaya dengan gaung serta laluan sempit dipuncak gunung ganang. 
Bertemu dengan seorang pelancong  yg boleh berbahasa Inggeris dari Beijing.


Kelaparan, cuaca yang ektrim, penyamun serta lanun lanun darat ditambah pula dengan ribut padang pasir yang datang idak menetukan menjadikan laluan sutera ini mengundang pelbagai kisah suka dan duka dikalangan pedagang denga kabilah-kabilah mereka.

Antara yang begitu teruja menunggang Unta.
 Kepada pedagang-pedagang yang menuju ke-barat tenggara Asia, Dunhuang adalah hentian terakhir sebelum mereka menempuh kesukaran yang akan menentukan hidup dan mati. Kerana dari Dunhuang mereka akan menempuh Padang Pasir Gersang. Dunhuang menjadi tempat persinggahan terakhir sebelum menempuh padang pasir yang luas dan laluan sukar dan Dunhuang menjadi tempat mereka menyediakan makanan dan serta bekalan secukupnya sebelum menuju ke bahagian barat Asia. Dunhuang pula menjadi tempat persinggahan pertama sebelum menuju negara Cina bahagian tanah besar dan timur. Kelaparan, kematian begitu lumrah dilaluan Dunhuang menuju barat Asia, Malah terdapat kabilah yang terus hilang dan lenyap dibawah timbunan ribut pasir yang ganas.
Deretan kedai serta Restoren Muslim di Dunhunag.

Dunhuang menjadi tempat persinggahan terakhir sebelum meneruskan perjalanan mereka ke barat. Dunhuang menjadi tempat mereka berkumpul dan juga tempat memohon doa dan perlindungan mengikut kepercayaan masing-masing. Terdapat kuil2 budha yang berusia ratusan malah ribuan tahun yang kin masih kekal sebagai artifak zaman lampau.

Jadi, Dunhuang juga menjadi tempat persinggahan pedagang dari bahagian barat Asia, Mereka yang tinggal di Timur tengah atau Asia barat juga menjadikan Dunhuang tempat persinggahan dan menpersiapkan diri sebelum mereka mula mengharung laluan sukar untuk kembali ke barat, begitu juga pada masa mereka mendatangi Cina untuk berdagang.

Begitu ramai yang menaiki unta, merentasi "sand dune" yang begitu besar.
Maka Dunhuang juga menjadi tumpuan para pendakwah Islam mengembangkan syiar di sini. Tidak hairanlah sehingga kini ramai penduduk Dunhuang yang beragama Islam, dari susur galur keturunan bangsa2 Asia barat yang lebih dahulu menerima Islam.

Mereka yang berjaya merentasi gurun gersang dan selamat dari ribut pasir menjadikan Dunhuang tempat beribadat buat memohon kebaikan dan juga tempat mereka menyatakan terima kasih kepada tuhan mereka.

Ruang pejalan kakibegitu selesa untuk para penduduk bandar dan pelancung.
Dunhuang yang dulunya dikenali juga sebagai Tun Huang terletak dibahagian paling barat Provinsi Gansu, iaitu koridor Hexi dan juga berkedudukan di bahagian timur pinggir Padang Pasir Taklamakan adalah satu penempatan yang paling penting pada zaman dahulu juga dalam sejarah Empayar Cina. Dunhuang ratusan tahun menjadi sempadan negara empayar Cina dibahagian barat yang juga meliputi sbahagian dari dataran tanah pamah tinggi Mongolia yang ditakluki oleh dinasti2 yang pernah memerintah negara Cina. Disini terletak nya pusat kawalan tentera Cina yang mengawal sempadan barat Empayar.

Antara arca di Dunhuang.
Dunhuang yang terletak di persimpangan terpenting sebelum memasuki wilayah Eurasia, atau wilayah tengah Asia telah menjadikan Dunhuang tempat pertemuan para pedagang diantara timur dan barat. Dunhuang seolah olah menjadi pusat pertemuan tamadun yang berbagai rupa bangsa dan menjadi "melting pot". Dunhuang menjadi tempat pertemuan dalam segala bidang rupa kemanusian dan menjadi tempat persinggahan sebentar dan lama jika keadaan cuaca menghalang meneruskan kembara dagang. Ada yang terus tinggal lama disini, jauh dari kampung halaman. Maka berlakulah interaksi yang lebih dari biasa, perkahwinan antara berlainan bangsa dan keturunan pun akan bermula.Dari perkahwinan campuran ini membibitkan bangsa bangsa baru dengan rupa dan ras tubuh yang berbeza.
Pelbagai kenderaan ringan di Dunhuang.

Maka Dunhuang menjadi milik berbagai rupa bangsa dan keturunan, Dimasa pemerintahan Dinasti Tang, Dunhuang untuk berberapa dekad dibawah taklukan Tibet kemudian di perintah oleh bangsa Uyghur dan lain2 bangsa di Dunhuang.

Sejarah Dunhuang banyak mempunyai persamaan dengan lain lain wilayah di Asia Tengah, Sejarah yang berlaku amat kurang diketahui oleh masyarakat dunia dan amat kurang maklumat yang didapati akan perkembangan wilayah wilayah di bahagian barat negara Cina. Kerana kesukaran dari segi perjalanan dan pengangkutan untuk sampai kedaerah  ini, maka begitu kurang sekali diceritakan atau dibukukan akan sejarahnya.
Jalan raya yang redup oleh pohon2 menghijau.

Cuma kita banyak mendapat maklumat sejarah daripada empayar Cina yang hampir semua bertapak di bahagian Timur Tenggara Cina.
Begitu banyak dinasti-dinasti yang saling berganti di dalam sejarah pemerintahan negara Cina , namun begitu kurang sekali sejarah didaerah juga wilayah barat Cina.

Yang lebih mengejutkan, wilayah barat Cina menjadi destinasi popular raayat negara Cina yang ramai dibahagian Timur Tanah Besar Cina. Ramai dikalangan raayat sendiri tidak tahu akan sejarah di wilayah wilayah laluan sutera ini. Mereka yang telah tua pun mengaku inilah kali pertama mereka datang kesini.

Bahagian hadapan Masjid Dunhuang yang agak besar,mesjid yang begitu kemas binaannya.
Keindahan semula jadi dan gunung ganang yang diliputi salji, kini menjadi tumpuan rakyat negara Cina sendiri untuk bertumpu ke wilayah wilayah yang jauh ini. Amat memeranjatkan juga akan kurangnya maklumat yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk mengenali sejarah wilayah-wilayah barat jauh Cina ini.


Sebahagian dari ahli rombongan bergambar kenangan dengan Imam Masjid Dunhuang (hujung kiri)
Jalan menuju ke " Dunhuang Sand dune dan Cresent Lake yang penuh lagenda itu.
Hanya dekad muktahir ini bermulanya kajian dan pensejarahan tentang wilayah wilayah terpencil negara Cina. Yang sudah pasti juga disinilah konsentrasi raayat Cina yang beragama Islam dari keturunan bangsa campuran dari wilayah Asia Tengah. Walaupun pernah diperintah dengan sistem komunisma malah hingga sekarang pun. Namun setelah negara Cina membuka pintu kepada dunia luar, maka terserlah akan banyak perkara yang kita tidak tahu. Walau bagaimana pun, pergolakan antara suku kaum masih berlaku, wilayah-wilayah barat yang dijajah terus bergolak kerana begitu lama di pinggirkan oleh Kerajaan Komunis Cina.




Tetapi, kami menyaksikan, kesan tuntutan masyarakat Islam di wilayah ini kuasa autonomi mula di berikan bertambah tahun ke tahun...seperti kelahiran anak cuma dihadkan seorang satu pasangan di negara Cina, namun di wilayah ini, masyarakat muslim dibenarkan menpunyai sampai tiga orang anak. Tiada sekatan dalam perkara agama dan pembangunan semakin pesat di wilayah yang  kaya denga hssil pertanian dan mineral ini. Infastruktur komunikasi, kereta api dan lebuh raya yang besar mula dibina buat menghubungi wilayah wilayah terpencil ini dengan ibu kota Beijing.



























No comments:

Post a Comment