Awal waktu selepas solat subuh, kami bersarapan di Restoren yang menyediakan pelbagai hidangan minuman pagi. Setelah selesai urusan daftar keluar kami dan memasukan bagasi di ruang bawah bas, kami bertolak ke pelabuhan yang terletak ditimur bandar Tangier iaitu Ceuta sekitar 15 kilometer. Pelabuhan sebelah timur in selalunya lebih kerap kedatangan feri, dimana disini juga feri-feri dari pelabuhan lain akan singgah membawa penumpang dan muatan kenderaan dagang yang lain. Selain itu pelabuhan sebelah timur tidak mengambil masa yang lama untuk menyeberangi Selat Gibraltar untuk sampai kesemenanjung Iberia atau selatan Sepanyol Kami dijadualkan mendarat di pelabuhan Algeciras yang terletak diselatan timur Sepanyol dalam sekitar 1 jam pelayaran melintasi Selat Gibraltar dan bahagian barat launtan Mediterranean.
Pemandangan ditepian pantai yang menghadap kearah Selat Gibraltar |
Kapal feri yang kami naiki adalah amat selesa, dengan kemudahan ruang tempat duduk yang luas dan kemudahan kafeteria yang dikendalikan oleh raayat Morrocco sendiri. Walaupun cuaca agak dingin pada waktu pagi namun ada juga yang keluar melihat suasana selat Gibraltar. Laut agak tenang dan udara pagi yang segar. Kami melihat satu bukit berhampiran pelabuhan Ceuta yang kami tinggal semakin kecil, bila kami semakin jauh merentasi selat menuju semenanjung Iberia.
Pelabuhan Ceutu- Tangier-Morocco |
Saya bertanya kepada anak kapal mengapa tidak menuju kepada pelabuhan yang paling hampir iaitu Gibraltar. Sepatut dari pelabuhan Ceutu di Tangier laluan yang paling dekat melintasi selat Gibraltar ialah diantara Ceutu di Morocco dan Gibraltar. Tidak mungkin, kerana kawasan laut dan rumah api dan laut berdekatan Gibraltar bukan milik Sepanyol.Saya agak terperanjat dengan jawapan itu,rupanya laut dan kawasan sekitar Gibraltar masih lagi terjajah. Rumah api dihujung batu Gibraltar adalah milik British dan setiap kapal yang melalui daerah itu mesti membayar sejumlah cukai untuk melaluinya.
Cabin yang selesa diatas feri dari Ceutu,Morocco ke Al Geciras Sepanyol |
Heran juga sikap ingin menjajah masih lagi ada dikalangan bangsa Eropah ini. Walaupun banyak kali usaha dilakukan oleh kerajaan Morocco dan Sepanyol mereka tidak mau mengalah. Sehingga sekarang rumah api dan kapal yang melalui selat Gibraltar ditetapkan mesti membayar cukai kepada British.
Feri yang kami naiki akan menjuju ke pelabuhan Al Geciras yang terletak di selatan Sepanyol, Sebuah bandar yang serdehana besar yang terletak pantai Mediterranean. Kami sampai sebelum tengahari di Pelabuhan Al Geciras, agak terlewat dari masa yang dijadualkan. Setelah segala urusan paspot selesai kami menunggu bas yang sedia menanti untuk menyambong perjalan ke Granada ibu kota provinsi Andalusia. Andalusia adalah satu provinsi autonomi yang mempunyai daerah besar seperti Malaga, Cadiz, Murcia,Granada, Cordoba,Albacete,Jaen, Seville dan Badajoz.
Andalusia yang namanya asal nama Arab terus disemadikan walaupun orang Islam tidak lagi memerintah. Menyeberangi Selat Gibraltar mengingatkan kami akan sejarah Islam mula memasuki dunia barat. Panglima Islam yang terkenal Tariq bin Ziyad mula memasuki Sepanyol pada kurun ke 850 masehi bersama tentera Islam dari kalangan orang2 Arab, Arab Berber yang memerintah Morrocco, Tunisia,Algeria dan mereka yang awal memeluk Islam di Utara Afrika.
Sebuah bukit berhampiran pelabuhan Ceutu di Tangier. |
Inilah selat yang mereka seberangi untuk mula bertapak di Semenanjung Iberia. (semenajung Iberia-Sepanyol, Portugal) Ketentuan Allah SWT lah, mudahnya tentera Islam memasuki Sepanyol,kerana Sepanyol dalam keadaan tidak menentu malah ibarat diselimuti zaman kegelapan dimana dikalangan Raja-raja mereka
berlaku ketidakadilan dalam memerintah, ketua kaum, orang bangsawan dan kepala perang menindas raayat jelata dengan pelbagi cara. Tanah yang subur dirampas dari kalangan penduduk atau raayat yang tidak ada kekuatan, ditindas dengan cukai cukai juga kezaliman yang banyak menimpa raayat biasa.
Peta menunjukan daerah2 dalam provinsi Andalusia |
Tentera Islam menguasai Sepanyol dengan mudah dengan dibantu oleh raayat jelata yang memberontak yang ingin pembebasan dan keadilan. Kedatangan tentera Islam dan agama Islam memberi cahaya baru dalam kehidupan mereka.Dengan izin Allah SWT semenanjung Iberia ditakluki dalam jangka waktu yang pendek, setelah tiga tahun. Kerajaan Islam didirikan dan memerintah sehingga meliputi Toledo berhampiran Madrid.
Bahagian selatan Sepanyol, memanglah menjadi provinsi terpenting di Sepanyol. Cuaca Mediterranean yang berbagai musim dengan kadar hujan yang sederhana juga keadaan cuaca yang lembab menjadi Andalusia begitu penting di Sepanyol. Pertanian adalah bidang utama di Andalucia. Hampir semua jenis buahan-buahan bermusim didapati di Andalusia.Buah dan minyak zaitun, delima, oren, epal, anggur dan tanaman gandum, barli, canola daan banyak lagi.
Ada yang bersiaran di-dek feri melihat keindahan Selat Gibraltar |
Kami ditempatkan disebuah hotel di tengah bandar Granada. Sampai agak lewat petang, terus sahaja kami daftar masuk, malamnya setelah solat keluar mencari tempat makan. Granada tidaklah susah mencari tempat makan, terdapat restoren yang dikendalikan raayat Morocco dan ada juga Restoren Turki yang menghidang pelbagai kebab. Esok kami dijadualkan untuk pergi melawat Alhambra dan sekitarnya.
Granada sangat sejuk pada waktu malam. Ada yang berkesempatan untuk pergi membeli belah, kerana kedatangan musim sejuk tidak lama lagi, fesyen musim2 yang lalu dijual dengan harga yang agak murah dan terdapat juga butik dan "shopping centre" memberi discount yang tinggi.
Limbungan Feri yang terdapat di pelabuhan Al Geciras -Sepanyol |
Esok diawal pagi kami akan melawat Alhambra dan kawasan sekitarnya. Inilah satu destinasi pelancungan yang amat terkenal di negara Sepanyol.
Granada didatangi oleh ramai pelancung dari serata pelusuk dunia kerana sejarahnya, dan disini terdapat monumen serta kesan sejarah pemerintahan Islam dan terdapat banyak senibina Islam yang amat cantik dan indah dibenua Eropah.
No comments:
Post a Comment