KEMBARA BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM
University
of al-Karaouine or al-Qarawiyyin (Arabic:
جامعة القرويين)
adalah sebuah universiti yang terletak di kota Fez, Morroco.i Universiti
Al Qurawiyin ini di asaskan oleh Fatima Al Fihri pada tahun 859 Masehi
dengan falkulti-falkulti serta madrasah yang telah berkembang menjadi
pusat ilmu kerohanian Islam dan pusat akademi dalam pelbagai bidang ilmu
ketika itu.
|
Di sekitar pintu besar Universiti Al Qurawiyyin |
Barat
masih lagi dalam kegelapan dan tidak satu pun tamadun yang berteraskan
ilmu tentang bidang pengajian yang wujud seperti sekarang. Barat yang
pada waktu itu dalam kegelapan,sesat dan sistem pemerintahan yang hanya
berteraskan kekuatan, sihir, tahyul dan kurafat dimana peradaban bangsa
barat boleh diumpamakan terlalu jauh dari sifat kemanusian. Kezaliman,
perhambaan menjadi teras kekuatan sesebuah pemerintahan. Malah
keseluruhan Eropah pada masa itu adalah dalam suasana jahiliah yang
dahsyat.
|
Di sekitar pintu besar Universiti Al Qurawiyyin |
Malah
di sesetengah pelosok Eropah tiada cahaya agama yang mendatangi mereka,
walaupun ada agama seperti nasrani dan yahudi tetapi semuanya telah
tidak lagi mengikut landasan yang benar seperti wahyu yang di bawa Nabi
Musa as dan Nabi Isa as. Zaman kegelapan yang juga di umpamakan zaman
kesesatan dimana pihak gereja menjadi tungak kekuatan dalam sistem
pemerintahan adalah berpaksikan fahaman agama yang telah jauh menyimpang
dari ajaran Nabi-nabi yang terdahulu.
|
Sayup2 kedengaran kuliah Pengajian Al Quran sedang berjalan,kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan kuliah ini. |
"Terdirinya
Universiti Islam Tertua di dunia ini, adalah berkat pemerintahan pada
ketika itu yang begitu ta'at dengan suruhan Allah SWT dan seruan
Rasulullah SAW dimana ilmu adalah teras dalam meniti kehidupan didunia
sebagai suluh cahaya menuju akhirat"
|
Pemandangan di sekitar pintu masuk Univeristi Qurawiyyin |
|
Tempat mengambil wuduk |
"Puak
gereja dan agama yang mereka amalkan jauh tersasar dari wahyu sebenar,
nafsu, kezaliman dan kepentingan peribadi menjadi keutamaan dikalangan
mereka yang di amanahkan. "
Setelah
kedatangan Nabi Besar Muhammad SAW pembawa rahmat ke seluruh alam,
bidang2 ilmu yang pelbagai semakin bercambah kerana dasar beragama
adalah dengan berilmu. Setelah kewafatan Nabi SAW, khalifah2 Islam terus
berperanan bagi menyebarkan Islam ke serata tempat di bumi Allah ini.
Mulanya
pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibn Khatab ra dengan penaklukan
semula Palestin, tiada lagi jalan kebelakang dalam memperluaskan cahaya
Islam. Begitu juga yang terjadi di Utara benua Afrika dimana Islam terus
berkembang dan didakwahkan sehingga-lah kepantai laut Atlantik
disebelah barat.
|
Pintu masuk ke bangunan utama Universiti , kuliah Tahfiz dan pengajian Al Quran. |
|
Kita
masih ingat akan besarnya jasa dan sumbangan panglima Islam seperti
Tariq bin Ziyad dan lain lain lagi yang tiada kenal penat lelah mencari
syahid. Maka Morocco salah satu negara Islam yang berada di utara Afrika
bahagian barat dan begitu hampir dengan benua Eropah menjadikan Islam
sebagai agama dikalangan raayatnya.
|
Tingkap kecil yang kelihatam itu adalah asrama atau bilik tempat tinggal para pelajar dan Ilmuan Islam pada zaman itu. |
Penerimaan
kaum Berber dan kemudian diikuti dari mereka kalangan bangsa Arab islam
yang mula menduduki kawasan utara Afrika, selain berdagang mereka
membawa risalah Islam kepada masyarkat tempatan. Suku kaum baru yang
gelar Arab Berber hasil perkahwinan dikalangan mereka melahirkan
generasi baru.
Selain
di Andalusia di Sepanyol ramai nya ilmuan Islam di lahirkan, tidak
kurang pula di negara Morocco itu sendiri. Bandaraya Fez menjadi satu
tempat yang begitu terkenal sebagai pusata perkembangan ilmu ketika itu.
Pemerintah yang taat dengan agama mendirikan pusat pendidikan dan
pengajian dalam pelbagai cabang ilmu Islam, sains dan lain-lain lagi.
|
Salah satu sudut Madrasah, tingkap kecil untuk bilik2 para penuntut, mungkin kah Ibnu Khaldun pernah menginap di bilik itu. |
Terdirinya
pusat ilmuan Islam di Fez menjadi titik mula lahirnya begitu ramai
ilmuan Islam dalam pelbagai bidang. Sejarah Islam menyaksikan terdirinya
Universiti Qurawiyin di Fez sebagai sebuah institusi keilmuan yang
tersusun dan dasar pengajian yang begitu teratur, lalu menjadikan nya
sebuah pusat pendidkan atau Universiti yang paling tua dalam sejarah
Islam. Malah lebih awal terdirinya Universiti Qurawiyin dari Universiti
Al Azhar di Mesir.
Universiti
Al Qurawiyin dijadikan Universiti berstatus pada tahun 1963 dizaman
Morocco moden.Telah diperakui oleh badan warisan dunia UNESCO dimana
Universiti Al Qurawiyyin adalah universiti yang tertua di dunia dan
masih lagi berfungsi sehingga kehari ini. Namun begitu pun perakuan yang
diberikan oleh UNESCO setelah dibuktikan akan sejarah dan faktor-faktor
yang berkaitan, dunia barat, lebih lagi Eropah masih mempertikaikan
nya.
Universiti
Qurawiyyin terus berkembang dan membesar pada zaman pemerintahan
Khalifah Umayyad dan yang paling banyak kemajuan dibuat adalah pada
zaman pemerintahan diniasti Al Murovid di Morroko.
Zaman
kemuncaknya kejayaan besar Univerisiti Qurawiyyin ini adalah dibawah
pemerintahan Al Murovid atau dinasti Marinid pimpinan Sultan Abu Inan
Faris pada tahun 1349 dimana hasil tulisan ilmuan Islam terkenal seperti
Imam Malik. Di perpustakaan Univerisiti Qurawiyyin ini tersimpan naskah
asli tulisan Imam Malik "AL Muwatta" di tulis pada kulit rusa.
Anak
didik Universiti ini lah yang merwarnai para ilmuan Islam yang kita
jadikan ikon ilmuan Islam pada masa ini seperti; Ibnu Khaldun,Muhammad
al Idrisi,Joannes Leo Africanus atau nama Islamnya Al Hassan Ibni
Muhammad al Wazan, Muhammad Allal al-Fassi, Abd el-Krim,Muhammad Taqi-ud-Din bin Abdil-Qadir Al-Hilali, Abu al-Fadl Abdullah bin Muhammad bin
al-Siddiq al-Ghumari dan ramai lagi cendiakawan Islam yang mendapat menimba ilmu di Universiti ini.
Pemerintah
ketika itu begitu taat dengan perintah Allah dan Rasul nya. Sehingga
kini di Moroko kita boleh meilhat ratusan madrasah dan tempat2 pengajian
Islam didirikan.
No comments:
Post a Comment