Bila berakhir bulan Oktober tanda musim sejuk mendatangi Granada. Awal pagi begitu sejuk sekali sekitar 5 degree celcius. Setelah sarapan pagi kami bergegas menaiki bas untuk melawat Alhambra. Waktu amat penting bila melawat destinasi pelancung terkenal ini. Tiket2 yang dibeli mestilah mengikut slot2 waktu yang ditetapkan. Ini sebabkan ramainya pelancung yang datang dari seluruh dunia.
Eloklah saya rasa kita balik kepada sejarah bagaimana pembinaan yang sebegitu indah dibangunkan. Sebenarnya, terdirinya Alhambra banyak berlaku pembangunan sekitar 300 tahun terakhir, sebelum jatuhnya pemerintahan atau kuasa Islam di Andalusia. Malah pembagunannya di teruskan setelah jatuhnya empayar Islam disini oleh raja raja kristian sehinggalah kehari ini.
Setelah tentera Islam dibawah pimpinan Tariq bin Ziyad menakluki semenanjung Iberia atau sekarang dikenali sebagai Sepanyol, penyebaran risalah Islam adalah tujuan utama. Semenanjung Iberia yang dianggap sebahagian dari benua Eropah, melalui zaman kegelapan atau "dark ages". Lebih2-lagi zaman itu di Eropah menghadapi kegelapan yang dijana oleh sikap berpuak-puak dan fahaman kristian yang berbagai-bagai, kesesatan agama kristian berlaku dengan begitu teruk sekali, raja raja kristian mula dipengaruhi fahaman katolik dan lain fahaman kristian yang dibuat tafsiran sendiri.Kitab Injil diubah dan diselewengkan kandungannya untuk kepentingan satu-satu puak atau kaum.
Agama dijadikan alat untuk mencari pengaruh dan kepentingan politik perkauman ditambah pula pengubahan dan penyelewangan agama tauhid yang dibawa Nabi Isa AS semakin parah. pengaruh gereja dan kalangan bangsawan serta perbalahan antara suku kaum membuatkan benua Eropah hilang pendoman. Siapa yang kuat dan berpengaruh merekalah yang berkuasa. Kezaliman dan penindasan berlaku hampir disemua negara2 di Eropah.
Semenanjung Iberia pun begitu, suku kaum yang kuat menindas suku kaum yang lemah,raayat jelata ditindas dan dizalimi seolah-olah peradaban manusia jatuh kepada tahap yang rendah, itu lah zaman jahiliyah yang paling kemuncak dibenua Eropah.
Berbalik kita kepada kedatangan cahaya Islam sekitar tahun 711 masehi,dibawah pimpinan Panglima Islam Tariq bin Ziyad adalah satu lagi rencana Allah SWT. Islam mendatangi bumi Iberia, bila jahiliyah dikalangan masyarakat tidak terbendung lagi.Bila ada dikalangan raayat dan pengikut raja yang masih ada rasa pertimbangan, mengetahui akan kedatangan Islam di utara benua Afrika, dimana pemerintahan Islam disana begitu jauh berbeza dari negara mereka. Datangnya Islam di benua Afrika utara menampakan begitu mudah mereka disana menerimanya- kerana adil dan Islam yang aman itu.
Masyarakat barbar yang kini menduduki negara Tunisia,Magribi dan Morocco menerima Islam dengan senang hati. Maka Islam mendatangi Iberia dengan permintaan raja kristian Visigoth -Witiza untuk memerangi raja Roderick yang zalim.Kerana tiada kesatuan diantara mereka di Iberia begitu mudah tentera Islam menakluki semenanjung Iberia - dari selatan hinggalah keutara - Toledo.
Semasa itu khalifah Islam telah terdiri di Damascus atau sekarang di Syria. Amir-amir atau gabenor dihantar ke Iberia bagi memerintah dan membawa pencerahan agama tauhid yang benar -Islam. Ramailah orang-orang kristian memeluk agama Islam, malah ketua kaum dari puak2 yang terdapat di situ dikalangan kaum feudal memeluk Islam yang digelar sebagai "muladees" mereka mula mengikuti cara pemerintahan secara Islam sebagimana bangsa berber memerintah diwilayah yang mereka kuasai, seperti kaum Jaen dan lain-lain lagi.
Setelah hampir 200 tahun ditadbir oleh Amir-amir atau gabenor yang dilantik oleh Khalifah Islam di Damaskus maka sampailah masanya semenanjung Iberia ditadbir oleh mereka dikalangan penduduk tempatan. Maka bermulalah titik perbezaan dikalangan mereka yang berkuasa dan bangsa berber yang awalnya datang dulu dan kini bermaustatin setelah mengahwini orang tempatan dari pelbagai suku kaum.
Rasa tidak puas hati dengan daerah dan kuasa serta agihan tanah yang diberikan kepada puak muladees dan mereka dari keturunan berber mulalah menguasai kawasan atau daerah yang mereka miliki dengan mendirikan kerajaan sendiri atau sistem pemerintahan sendiri dan tidak lagi melihat kesatuan ummah se-agama sebagai sesuatu yang penting.
Mulalah dari detik itu, sekitar abad ke 10, perang saudara diantara mereka bukan lagi atas dasar menegakan islam tetapi lebih kepada kegoan dan sikap tamak kuasa dikalangan mereka. Sifat dengki - mendengki,hasad dan fitnah memfitnah semakin banyak berlaku. Mulalah mereka menguatkan kedudukan masing2 dengan mendirikan kubu dan istana yang besar dan kukuh namun hakikatnya hanya untuk kepentingan puak2 mereka sahaja. Maka terbangunlah Istana dan kubu di Toledo,Malaga,Jaen, Cordoba dan Alhambra di Granada yang ada sekarang ini. Selain dari tanda besarnya kekuasaan dan kekuatan mereka, Istana2 serta kubu yang dibina menampakan ke'egoan manusia yang sudah mula hilang rasa tawadhu' nya.
Pemerintahan Islam diwailayah-wilayah disemenanjung Iberia yang menempakan pecah belah memberi harapan baru kepada raja-raja kristian yang masih ada dikawasan paling utara dan di Peranchis.
Pemerintahan Islam diwilayah yang kecil-kecil tidak lagi kuat,sikap tiada lagi kerjasama dan bersatu hati membuatkan sistem pertahanan wilayah menjadi lemah. Maka dari saat itu keinginan raja-raja kafir kristian untuk semula menakluki Iberia pun bermulalah.
Pada tahun 1085 masehi, raja kafir kristian Alfonso berjaya menawan semula Toledo. Raja kristian terus mengukuhkan kedudukannya di Toledo, Istana indah yang dibina oleh Sultan kini dirampas dan dijadikan istana raja kristian sendiri dan juga dijadikan gereja2.
Kebangkitan raja-raja kristian katolik ini di Toledo dapat dikawal dari terus menawan kawasan pemerintahan Islam.Panglima dan pahlawan Amoravids yang terkenal kuat dan cukup berdisiplin itu membantu saudara segama di Andalus untuk menyekat kemaraan tentera kafir, Almoravid adalah dari Margribi. Maka amir yang memerintah Andalusia berkesempatan menguatkan kedudukan mereka.
No comments:
Post a Comment