Pages

Ziarah Masjid Al Aqsa Bahagian 1- Palestina

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
KEMBARA BERSAMA SAFIR

Masjid Al-Aqsa (bahasa Arab: المسجد الاقصى , Al-Masjid Al-Aqsa, arti harfiah: "masjid terjauh") adalah sebahagian dari kompleks bangunan suci di Baitul Maqdis yang dikenal dengan nama Al-Haram Asy-Syarif (Noble Sanctuary) bagi umat Muslim dan dengan nama Har Ha-Bayit (Bukit Baitallah) dan Temple Mount bagi umat Yahudi dan Nasrani.Nabi Muhammad Salallahu alaihisalam diangkat ke Sidratul Muntaha dari tempati ini pada tahun 621, menjadikan mesjid ini sebagai tempat suci ketiga di Islam. Beitul Maqdis (Masjid Al-Aqsa) merupakan kiblat sembahyang umat Muslim yang pertama sebelum dipindahkan ke Ka'bah di dalam Masjidil Haram. Umat Muslim berkiblat ke Baitul Maqdis selama Nabi Muhammad Salallahu alaihisalam mengajarkan Islam di Makkah (13 tahun) hingga 17 bulan setelah hijrah ke Madinah.
 Setelah itu kiblat sembahyang adalah Ka'abah di dalam Masjidil Haram, Makkah hingga 


.  


Masjid Al-Aqsa saat ini adalah mesjid yang dibangun secara tetap oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Kekhalifahan Umayyah (Dinasti Bani Umayyah) pada tahun 66 H dan selesai tahun 73 H. Agak berbeza dengan pengertian Masjid Al-Aqsa pada peristiwa Isra' Mi'raj yaitu meliputi seluruh kawasan Al-Haram asy-Syarif Akan tetapi sekarang keadaan masjid memelukan pembaikan dan pengukuhan dibanyak bahagian stuktur masjid. Ini kerana keretakan disebabkan oleh perbuatan Yahudi yang melakukan peneceobohan dibahagian bawah masjid yang terus menjejaskan asas bangunan yang telah ribuan tahun usianya ini.

 Pencerobohan oleh Israel yang melakukan serangan ke Palestina.dimana Masjid Al Aqsa penah dirempuh masuk oleh tentera IDF tanpa memperdulikan kesucian masjid. Mereka menceroboh kedalam ruang solat masjid dengan memakai kasut dan merosakan bahagian2 dalam masjid dengan tembakan, bom dan gas pemedih mata.bahkan Yahudi Israel pernah membakar masjid ini. Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong berdirinya OIC di anggotai oleh 57 negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan sebuah mimbar lama yang di didikan oleh "Shalahuddin Al-Ayyubi" terbakar habis. Dinasti Bani Hasyim, penguasa Kerajaan Jordania telah menggantinya dengan mimbar buatan Jepara, Indonesia.

Ini yang sebenarnya  Masjid Al Aqsa. Yang mula diasaskan oleh Khalifah Umar Ibnu Khattab dan seterusnya dibina dan diubah suai, oleh khalifah yang terkemudian. Dimana yang paling perubahan dan penambahan di lakukan oleh semasa pemerintahan Marwan.

Al Syakrah - The Dome of The Rock- di bawahnya terletak batu tergantung.

Keluarga Bani Hasyim, yang masih bertalian darah dengan Nabi Muhammad SAW menurut tradisi merupakan keluarga yang bertanggungjawab memelihara tempat-tempat suci Islam di kawasan tersebut. Tidak hanya itu yang dilakukan Yahudi, Yahudi yang berniat menghancurkan Masjid al-Aqsa dan mendirikan kuil Sulaiman ketiga. Untuk melancarkan misi tersebut Israel mendirikan sebuah lembaga Yahudi di belahan barat al-'Ajamai, sebuah tempat yang banyak dihuni oleh penduduk Palestina di kota Yafa,lembaga yang dikepalai oleh Rabbi Yahudi Eliyahu Malae , beroperasi secara diam-diam dengan tujuan menduduki Masjid al-Aqsha, mendudukinya untuk kemudian mendirikan Kuil Haykal ketiga di atasnya. 

 Lembaga tersebut menghimpun puluhan anggota yang kebanyakan berasal dari pemuda Yahudi, yang didatangkan bersama Eliyahu dari Tel Aviv, ibu kota negara Zionis Israel. Eliyahu Malae sendiri tercatat sebagai salah seorang ketua gerakan Etiret Kohnem, sebuah gerakan yang beroperasi secara khusus untuk meyahudikan bagian Timur kota Jerusalem Di samping itu yang telah umum kita dengar adalah tentang pengaburan wajah Al-Aqsa dengan The Dome of The Rock. Dimana media barat yang dimiliki Yahudi mencanangkan kepada dunia bahawa Masjid Al Syakhrah atau Dome of the Rock itulah Al Aqsa. 

The Dome of the Rock adalah bangunan masjid yang di dirikan sebagai tempat melindungi batu Al Syakhah. Batu dimana Rasulullah Salallahu alaihisalam berdiri diatas nya dan seterus " mikraj" ke langit. Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqso dan The Dome of The Rock. Apabila disebut tentang Masjidil Aqso di dalam media manapun di seluruh dunia, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama pengaburan informasi ini adalah untuk mengabaikan orang-orang di seluruh dunia atas rencana jahat Israel. , inilah propanganda yang dilakukan oleh puak Yahudi Zionis bahwa Yahudi Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualnya kepada orang Arab dan Muslim. 

Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkala diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya di mana saja. Inilah salah satu usaha Yahudi zionist bagi melenyapkan Masjid Al-Aqso dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa ada gangguan orang Islam. . Sekiranya ada pihak yang protes dan marah, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahwa mereka tidak berbuat apa-apa. Rencana yang sungguh hebat! Saya juga merasa amat terperanjat sewaktu bertanya kepada beberapa orang Arab, Muslim, bahkan rakyat Palestina karena mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuat saya merasa kesal dan sedih karena hingga kini Israel telah berhasil menipu kita dengan rencana jahat mereka. 

Perlakuan yahudi terhadap Al Aqsa: 

 1.IDF Israel meminum alkohol dan melakukan perzinahan di dalam masjid.

 2.Yahudi Zionist Israel merencanakan pembangunan sebuah sinagog terbesar di dunia yang membentang di sekitar Al-Aqsa, Masjid Al-Mawarni di bawah Al-Aqsa, juga kuburan-kuburan muslim ke dalam sinagog tersebut. 3.Shalat Id di Masjid Al-Aqsa Diawasi Ketat IDF dengan senjata otomatik. 4.Mengali di sekitar Al-Aqsa menyebabkan runtuhnya dan retaknya tiang-tiang besar ditingkat bawah Masjid Al Aqsa. 5.Yahudi Zionist merancang membangun haikal ketiga di dalam kompleks Al-Aqsa . atau Al Haram Sharif. 

Hanya beberapa hari lalu, gencatan senjata diantara yahudi zionist dengan Hamas. Namun mereka yahudi zionist tidak akan mematuhinya dan akan terus menjarah dan membunuh juga merampas tanah2 milik raayat Palestin setiap hari. 
 HANYA DOA MENJADI SUMBANGAN BUAT RAAYAT PALESTIN YANG TERUS DI RUNDUNG MALANG. 


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه,



PALESTINE - JEJAK KENANGAN




KEMBARA SAFIR DI BUMI PARA AMBIYA

Sekitaran sebuah kampung saudara Palestine di pinggiran Hebron atau Al Khalili.
Inilah mungkin daerah yang dikenali juga sebagai daerah kelahiran Nabi Ibrahim AS.Kehidupan yang terus daif yang dialami saudara kita di Palestine terus berkelana disini. Setelah tanah pusaka di rampas Yahudi Zionis, kehidupan terus tersisih sehingga kini. Anak2 Palestine mengembala ternakan keluarga, tanpa ada kesempatan untuk menimba ilmu disekolah yang sepatut mereka berada.


Palestina, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala pada sekian kali saya menjejaki bumi para ambiya dengan penuh kesyukuran  serta keinsafan dalam meniti kehidupan yang sebentar cuma di dunia yang fana ini. Perjalanan dan kembara dibumi Allah Subhanahu Wata'ala  ini memberi saya meniti kehidupan ini dengan lebih bermakna dan rasa kecilnya diri ini malah tiada ada nilai pun di sisi NYA, hanya rasa kesedaran yang penuh keinsafan betapa hidup ini memang sementara. Inilah cara juga kemungkinan diizin Allah Subhanahu Wata'ala untuk saya lebih mendekati NYA.

Sesungguhnya kejadian dan apa juga mehnah dan tribulasi yang berlaku dikeliling adalah petunjuk serta amaran buat kita yang masih punya waktu diberi peluang bernafas supaya jantung terus berdenyut, agar jasad terus dapat bergerak. 

Disini menginsafi akan benarnya firman  Allah Subhanahu Wata'ala dan hadis Rasul Junjungan dimana kita umat akhir zaman akan dapat menyaksikan kebenaran akan kezaliman, kerosakan yang akan mendatangi umat Islam dari semua sudut kehidupan.

Manusia yang diciptakan akan hilang rasa kemanusian,rasa kasih sayang dan jauhnya mereka dari sifat insan sebenar. Malah nanti ada dikalangan umat Muhammad Salallah alahi Wassallam yang dikatakan beriman akan terus hanyut dalam keberadaan hidup yang mementingkan dunia semata.
Sikap mementingkan diri sendiri, tangan yang berat untuk membantu dan memberi sedekah. Hati yang keras, keras sekali untuk memberi kemaafan sesama saudara seagama.
Mudah memutuskan silaturrahim dan payah mengekal sillaturahim.
"Setiap muslimin itu bersaudara" jarang sekali menjadi hujah buat menguatkan perpaduan sesama ummah. Kepentingan kelompok dan kuasa menjadi penghalang buat menerima ketentuan dari  Allah Subhanahu Wata'ala.
Saya rasa begitu pilu dengan sekitaran dan kehidupan saudara kita di Palestin ini. Mereka rata-rata adalah dari susur galur bangsa Arab, yang sekalian lama menduduki kawasan ini ribuan tahun dahulu. Sayangnya mengapa mereka terus meniti kehidupan yang begitu getir yang hampir satu dekad. Dimanakah rasa sedih dan hiba dari mereka yang sebangsa dan seagama dengan mereka.
Ada dikalangan bangsa mereka yang terlalu kaya raya, penuh dengan kemewahan yang melimpah ruah...Arab Saudi dan negara Arab yang lain..yang pasti mereka yang kaya terus hanyut dengan kedunia-an, yang lain sedang bergelut dengan masaalah dalaman.
Lihat sahaja Mesir, Syria, Iraq, Libya dan lain2 nya. Ini mungkin ketetapan Allah Subhanahu Wata'ala kerana sikap mereka sendiri yang semakin jauh dari syariat Allah Subhanahu Wata'ala.
Sedang dunia barat, Eropah dan benua Amerika semakin ramai manusia yang kembali kepada fitrah  Allah Subhanahu Wata'ala, di timur tengah ini terus dilanda kemelut serta tribulasi yang mencacatkan cermin Islam itu sendiri.Begitu mudah mereka di perkotak - katikan oleh Yahudi Zionist dan manusia kafir dikalangan kuasa besar.
Fitnah akhir zaman telah bermula sekian lama sejak akhir kurun 18 lagi. Namun mereka yang berkuasa dikalangan negara Islam terus lena dibuai kemewahan dan kuasa. Setelah khalifah Islam yang terkahir dirobek Yahudi Zionist yang ber proksikan British, Amerika dan pemerintahan Islam yang bersekongkol sama, kita umat Islam terus dalam ketandusan arah. Tiada kesatuan tiada lagi mesyuarah dikalangan umat Islam di dunia.
Ketempangan dan lumpuhnya peranan kesatuan Islam seperti OIC dan Liga Arab begitu ketara. Masing terus mementingkan agenda sendiri. Sebenarnya ini lah  "Assobiyah" yang di kutuk Allah Subhanahu Wata'ala. Sikap dan perangai jahiliah yang mula meresapi bangsa Arab membuatkan kita begitu kecewa. Sikap mementing kabilah dan diri sendiri menjadi keutamaan.Saudara semuslim sejagat tidak lagi di peduli.
Lihat sahaja kemewahan yang mereka kecapi, pembaziran dan maksiat yang mereka lakukan seperti tiada lagi sifat muslimin yang di anjurkan Rasul Junjungan.


Maqam Abdullah Ibnu Masud (Keterangan: Erti Maqam dikalangan bangsa Arab ada banyak makna, kita jangan keliru dan jangan pula bersengketa. Maqam boleh di ertikan sebagai tempat sebenarnya jenazahnya disemadikan,juga sebagai tempat dimana beliau pernah datang dan menduduki tempat itu, pada waktu yang lama atau juga sebentar. Mengikut riwayat dan sejarah Islam Abdullah Ibnu Mas'ud dilahirkan di Kufah Iraq dan beliau wafat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan dan disemadikan di Baqi, Madinah al Munawarrah. Abdullah Ibnu Mas'ud antara sahabat yang paling rapat dengan Rasul Junjungan. Seorang ahli Qura' yang tiada tolok bandingnya- bila mendatangi maqam sebegini, jangan melakukan perkara yang kurafat-kita hanya memohon apa sahaja hanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala.)

 Astagfirullah!! jauh sekali saya tersasar dari tujuan asal saya menulis tentang Palestin...geram mungkin, sedih mungkin juga...tapi siapalah saya..namun jihad kecil buat saya meluahkan rasa sedih dan pilu dihati...bila melihat penderitaan yang dilalui sekian lama oleh saudara seagama dibumi Palestin.

Kami terus menyelusuri jalan penuh liku dan batu kerikil dikampung terasing ini.Kesempatan berziarah ke sebuah maqam seorang sahabat Nabi Salallahu alaihi Wasallam - Abdullah Ibnu Ma'sud Radiullahu'an. Terlalu banyak kisah tentang sahabat Rasul Junjungan yang mulia ini. 
Seharus kalau kita bercita -cita mencontohi beliau, selalulah membaca kisah-kisah tentang Abdullah Ibnu Mas'ud RA.

Ini sepohon pokok zaitun yang berusia ratusan malah mungkin ribuan tahun berhampiran maqam Abdullah ibnu Mas'ud RA,Wallahualam.

Lagi satu sudut pandangan Maqam Abdullah ibnu Mas'ud
 
Selepas menjejaki sekitar kampung Palestin didaerah pendalam Hebron atau Al Khalili terletak dibahagian tebing barat Baitul Maqdis ini kami akan terus ke bandar Hebron bahagian yang masih diduduki oleh saudara kita Palestin. Hebron adalah daerah yang dulu rata-rata diduduki oleh Palestin bersama bangsa Yahudi dan kristian yang bernaung dibawah pemerintahan Islam, aman dan damai untuk sekian lama sebelum penghijrahan Yahudi Zionist ke tanah air Palestin.

Sedih dan hiba sekali lagi meruntun hati dan jiwa ini. Betapa daif dan mundurnya sekitaran dan kediaman mereka. Keadaan amat berbeza jika dibandingkan dengan kawasan penempatan Yahudi Zionist yang jauh lebih maju dengan infrastruktur yang moden juga kawasan perumahan yang indah-indah. Itulah kawasan yang dirampas secara zalim dari penduduk Palestin. Itulah keadaan yang sebenar berlaku di Palestin. Perampasan tanah yang terancang terus berlaku secara sistematik. Setiap sempadan dengan penempatan yang dijajah dikawal ketat oleh IDF samaada dengan pembinaan tembuk tinggi atau jaringan pagar berduri dengan dikawal selia pada setiap waktu oleh penganas IDF. Yang pasti raayat Palestin tidak dibenar sama sekali memasuki kawasan penempatan haram yahudi zionist ini.

Inilah daifnya sebuah sekolah untuk anak-anak Plaestine.Bangunan lama sebuah rumah yang ditinggalkan warga Palestin yang mungkin telah berhijrah ketempat lain.Disinilah anak-anak Palestin menimba sedikit ilmu, dan terus bertahan ditanah tumpah darah tingalan nenek moyang mereka. Cekal dan terus mempertahankan hak cara mereka sendiri.

Kalau ada diantara kita yang berkesempatan berkunjung kesini. Ini adalah kedai koperasi penduduk Palestin di Hebron. Mereka mengumpulkan hasil kerja tangan penduduk miskin Palestin dan menjualnya di koperasi ini. Terletak dikawasan daif ini juga. Untuk mereka membuka kedai koperasi disekitar bandar Hebron atau Jurusalem memang sukar. Semuanya dikawal selia penganas yahudi zionist.


Kami terus menjejaki jalan-jalan usang di bahagian penempatan raayat Palestine dengan penuh hati-hati, kerana hampir disetiap sudut ada sahaja penganas IDF berdiri lengkap bersenjata canggih memerhatikan gerak-geri kami.

Tiada siapa yang boleh menafikan akan kedaifan dan bagaimana tertekannya penduduk Palestin ini.Tanah air dirampas oleh pendatang ganas yahudi zionist. Hidup cuma sekadar mampu, namun hati tersentuh dengan kesungguhan juga semangat mereka mempertahankan ibu pertiwi,jiwa derita yang begitu lama dialami menjadikan mereka begitu "total" penyerahan kepada Allah Azza Wajalla.

Inilah sekitaran kediaman penduduk Palestin didaerah Hebron atau Al Khalili ini. Bangunan kediaman yang usang,mungkin dibina sebelum penjajahan penganas yahudi zionist. Kelihatan pos-pos penganas IDF dan nun di hujung kelihatan penganas IDF memerhatikan gerak-geri kami dari jauh...

Kematian bukan sesuatu yang perlu digeruni lagi...pilihan hanya terus menentang dan mempertahankan hak atau mati syahid mempertahankan agama dan ibu pertiwi. Begitu istiqamah matlamat kehidupan bagi saudara ku di Palestin ini....SubhanaAllah!!!


Ini lagi rumah kediaman raayat yang di tindas yahudi zionist disekitaran penempatan Palestin di Hebron. Mungkin telah dibina pada masa Palestin masih aman dahulu,mungkin juga bangunan lama perniagaan yang telah lama ditinggalkan dan kini menjadi tempat bertumpang teduh raayat Palestin yang dirampas tanah dan rumah mereka. Hakikatnya itulah yang berlaku secara sistematik oleh penganas yahudi zionist menghalau dan merampas tanah raayat Palestin diluar daerah Hebron. Mereka berpindah kekawasan sebegini, menduduki bangunan-bangunan lama yang ditinggalkan
.


Ini pengalaman saya menjejaki kawasan yang daif di Hebron. Kisah benar dizaman yang dikatakan manusia telah kemuncak tamadunnya.
Namun benar juga kata-kata orang bijak pandai:

"tiada manusia dikalangan malaikat juga tiada manusia dikalangan syaitan, tetapi ada syaitan dan malaikat dikalangan manusia"

Di bumi ini jelas sudah benarnya ungkapan itu:
 "yahudi zionist adalah syaitan dikalangan manusia "

Semoga pengalaman ini akan terus menjadi panduan buat saya meniti kehidupan yang sementara didunia. Juga kepada semua yang membaca nukilan yang tidak seberapa ini dapat mendalami akan arti "saudara seagama" sebagai ummah ini diumpamakan Rasul Junjungan dengan sabda baginda: "Semua muslimin bersaudara- bagai dicubit peha kiri, peha kanan terasa juga"
Kalau direnungkan lagi..apalah gunanya kita sebangsa dan seagama berpecah belah dan bercerai berai...jangan "hubud dunya", gila kuasa dan kepentingan puak dan kelompok menjadikan kita lemah dan tidak bermaya.

Pada saat dan ketika ini Palestin terus diserang oleh penganas juga syaitan berwajah manusia. GAZA terus dibom dan musnahkan tanpa sedikit jiwa kemanusiaan.
Manusia apakah yahudi zionist ini??? 
Berdoalah untuk saudara kita di GAZA.

 

PAMUKKALEA - ISTANA KAPAS YANG INDAH

KEMBARA BERSAMA SAFIRGOTRAVEL


Kota Purba Heirapolis di banjaran Pamukkalea Turki
Sudut lain kawasan tinggalan kota Rom lama di Heirapolis
Pamukkalea bahasa Turki secara umumnya bererti " Istana Kapas" atau cotton castle dalam bahasa inggeris. Salah satu lokasi alam semula jadi yang terletak di Provinsi Denizli di selatan-barat negara Turki. Bandar ini terdapat begitu banyak kolam air panas dan batu kapur "traventines", ini menjadikan tingkatan berteres endapan mineral dari batu kapur traventine ini yang ditinggalkan oleh air yang mengalir dari lereng tanah tinggi yang terdapat dikawasan ini.


Para tatamu Safirgotravel.com mendapat maklumat dari pemandu pelancung
 mukkalea terletak di pendalam daerah Aegean dikawasan lembah Sungai Menderes yang beriklim serderhana atau temperate hampir sepanjang tahun. Teres travertines inilah yang membentuk keindahan kawasan Pamukkalea ini.
Mendengar informasi dari pemandu pelancung
Di kawasan ini juga kita akan dapat melihat kesan sejarah tinggalan Greco Roman dan Byzantine dimana disini terdapat tinggalan kota purba 'Heirapolis". Kota purba Heirapolis ini dibina diatas batu batu endapan atau travertines yang panjang nya sekitar 2700 meter panjang dan 600 meter lebar dan ketinggian 160 meter.

Sekitar "thrmal water" Pamukkalea yang memberikan satu pengalaman baru.

Pelancung yang meremdamkan kaki mereka yang dapat menawarkan penyakit sendi dan  kulit

Museum Kota Purba Heorapolis
 Malah kota purba ini boleh dilihat dari gunung yang bertentangan dilembah terletaknya bandar Denizli sejauh 20 km jauhnya.
Kawasan lapangan disekitar Pamukkalea. Turki

Inilah batu batan endapan kalsium yang membentuk teres yang putih seolah-olah menjadi Istana Kapas

Satu lagi sudut pemandangan yang cukup menakjubkan ketika berada di puncak kawasan Istana Kapas di Pamukkalea. Turki

Salah satu kawasan endapan batu kapur -Travertines yang indah
Pelancungan telah menjadi satu sumber rezeki dan industri di daerah Denizli, Ribuan tahun  dahulu manusia telah pun mengunakan kolam-kolam air panas ini untuk mandi manda. Sekarang terlalu banyak hotel yang didrikan berhampiran dengan kawasan ini. Ini telah menyumbang kepada kerosakan dan musnahnya relik-relik sejarah ribuan tahun dahulu. 
 
Indahnya bila matahari melabuhkan sinarnya di Pamukkalea
Sekarang telah di istiharkan sebagai tapak warisan dunia, kepada pengunjung tidak dibenarkan memakai kasut bila mengharungi kolam-kolam air panas ini bagi melindungi endapan mineral dan travertines dari terhakis.
 
Inilah keindahan Pamukkalea diwkatu senja

Senja yang syahdu dan mengasyikan di Pammukkalea,Turki
 Pamukkale' adalah teres teres endapan mineral travertines yang ditinggalkan air yang mengalir dari gunung dan tanah tinggi yang melingkari lembah ini. Di kawasan Pamukkalea ini sahaja terdapat 17 kawasan kolam air panas dimana suhu sekitar  35 darjah celsius hingga 100 darjah celsius. Kepanasan disebahgian kolam boleh digunakan untuk merebus telur dan ada yang tidak boleh langsung didekati kerana terlalu panas.
Indahnya Pamukkalea diwaktu hamir senja
 Air panas yang terpencar dari kolam2 yang terdapat di lereng gunung yang lebih tinggi, mengalir ke teres-teres kolam yang mana berlaku endapan mineral yang terletak lebih kurang 320 meter dari sumbernya. Kolam kolam teres ini mengumpulkan Kalsium karbonat yang kadang kala mencapai keluasan  60 hingga 70 meter dengan lebar 24 hingga 30 meter.
Bunga segar yang terdapat dikawasan Pammukkalea

Indahnya suasana matahari jatuh dari Pammukkalea

Pelancung2 merekam detik indah di Pammukkalea
 Bila aliran air panas ini terlalu banyak kandungan mineral, berlaku lah penguapan dibahgian teres teres travertines ini walaupun mineral kalsium carbonate yang lembut umpama jeli akan mengeras membentuk batuan yang di namakan travertines.

Reaksi  ini akan di pengaruhi oleh keadaan cuaca, suhu dan masa atau kadar aliran air panas itu.
Penguapan atau evaporasi akan terus berlaku sehingga karbon di oksida dalam air panas itu mengimbangi kadar karbon di-oksida yang terdapat dalam kawasan ini.

Ini lah Pammukkalea ketika rembang petang hingga ke senja- pelancung dari Jepun menikmati keindahan dan fenomena Alam.

Menikmati suasana indah dan menakjubkan ketika waktu matahari turn diufuk barat.
Lagi pemandangan Pamukkalea
 Sebuah museum telah didirikan daripada tinggalan tempat pemandian Roman " Roman Bath" di kota purba Heirapolis ini yang dinamakan sebagai "The Heirapolis Archeological Museum sejak 1984.  Terdapat pelbagai artifaks artifak dari kawasan, Colossae, Tripolis, Attuda dan dari daerah Lycos - lembah Curuksu. Museum ini juga menempatkan artifak dari Beycesultan Huyuk yang mempamirkan seni tangan atau craft dari zaman gangsa.

Terlalu banyak artifak dan kawasan atau runtuhan dinding-dinding kota Heirapolis yang terdapat dikawasan Pamukkalae  ini.Pamukkalea kini adalh tapak warisan dunia dan menjadi tempat  kunjungan pelancung dari serata dunia. Runtuhan dan artifak2 dipamirkan dikawasan terbuka berhampiran dengan " Istana Kapas" ini.
Pemandangan yang indah akan dapat di alami, apabila matahari turun diwaktu petang dan senja,

Kota Istana Kapas yang memutih

Istana Kapas yang putih

Nun jauh disana adalah pekan kecil yang ramai dihuni para pelancung.

Inilah "cotton castle"  di Pamukkalea di Turki.
Pamukkalea bahasa Turki secara umumnya bererti " Istana Kapas" atau cotton castle dalam bahasa inggeris. Salah satu lokasi alam semula jadi yang terletak di Provinsi Denizli di selatan-barat negara Turki. Bandar ini terdapat begitu banyak kolam air panas dan batu kapur "traventines", ini menjadikan tingkatan berteres endapan mineral dari batu kapur traventine ini yang ditinggalkan oleh air yang mengalir dari lereng tanah tinggi yang terdapat dikawasan ini.
Pamukkalea terletak di pendalam daerah Aegean dikawasan lembah Sungai Menderes yang beriklim serderhana atau temperate hampir sepanjang tahun. Teres travertines inilah yang membentuk keindahan kawasan Pamukkalea ini.

Di kawasan ini juga kita akan dapat melihat kesan sejarah tinggalan Greco Roman dan Byzantine dimana disini terdapat tinggalan kota purba 'Heirapolis". Kota purba Heirapolis ini dibina diatas batu batu endapan atau travertines yang panjang nya sekitar 2700 meter panjang dan 600 meter lebar dan ketinggian 160 meter.
Malah kota purba ini boleh dilihat dari gunung yang bertentangan dilembah terletaknya bandar Denizli sejauh 20 km jauhnya.
Pelancungan telah menjadi satu sumber rezeki dan industri di daerah Denizli, Ribuan tahun  dahulu manusia telah pun mengunakan kolam-kolam air panas ini untuk mandi manda. Sekarang terlalu banyak hotel yang didrikan berhampiran dengan kawasan ini. Ini telah menyumbang kepada kerosakan dan musnahnya relik-relik sejarah ribuan tahun dahulu. 
Sekarang telah di istiharkan sebagai tapak warisan dunia, kepada pengunjung tidak dibenarkan memakai kasut bila mengharungi kolam-kolam air panas ini bagi melindungi endapan mineral dan travertines dari terhakis.
Pamukkale' adalah teres teres endapan mineral travertines yang ditinggalkan air yang mengalir dari gunung dan tanah tinggi yang melingkari lembah ini. Di kawasan Pamukkalea ini sahaja terdapat 17 kawasan kolam air panas dimana suhu sekitar  35 darjah celsius hingga 100 darjah celsius. Kepanasan disebahgian kolam boleh digunakan untuk merebus telur dan ada yang tidak boleh langsung didekati kerana terlalu panas.
Air panas yang terpencar dari kolam2 yang terdapat di lereng gunung yang lebih tinggi, mengalir ke teres-teres kolam yang mana berlaku endapan mineral yang terletak lebih kurang 320 meter dari sumbernya. Kolam kolam teres ini mengumpulkan Kalsium karbonat yang kadang kala mencapai keluasan  60 hingga 70 meter dengan lebar 24 hingga 30 meter. Bila aliran air panas ini terlalu banyak kandungan mineral, berlaku lah penguapan dibahgian teres teres travertines ini walaupun mineral kalsium carbonate yang lembut umpama jeli akan mengeras membentuk batuan yang di namakan travertines.

Reaksi  ini akan di pengaruhi oleh keadaan cuaca, suhu dan masa atau kadar aliran air panas itu.
Penguapan atau evaporasi akan terus berlaku sehingga karbon di oksida dalam air panas itu mengimbangi kadar karbon di-oksida yang terdapat dalam kawasan ini.

Sebuah museum telah didirikan daripada tinggalan tempat pemandian Roman " Roman Bath" di kota purba Heirapolis ini yang dinamakan sebagai "The Heirapolis Archeological Museum sejak 1984.  Terdapat pelbagai artifaks artifak dari kawasan, Colossae, Tripolis, Attuda dan dari daerah Lycos - lembah Curuksu. Museum ini juga menempatkan artifak dari Beycesultan Huyuk yang mempamirkan seni tangan atau craft dari zaman gangsa.

Terlalu banyak artifak dan kawasan atau runtuhan dinding-dinding kota Heirapolis yang terdapat dikawasan Pamukkalae  ini.Pamukkalea kini adalh tapak warisan dunia dan menjadi tempat  kunjungan pelancung dari serata dunia. Runtuhan dan artifak2 dipamirkan dikawasan terbuka berhampiran dengan " Istana Kapas" ini.

Pemandangan yang indah akan dapat di alami, apabila matahari turun diwaktu petang dan senja,









 

Petra- Jordan "Asbab Al Hijr"

KEMBARA BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM

ASBAB AL-HIJR

Kaum Thasmud adalah kisah satu  bangsa yang begitu jelas disebut didalam Kitab Al Quran. Selain Al Quran penemuan sejarah juga membuktikan kebenaran yang dikhabarkan didalam Al Quran sebagai satu kaum yang pernah wujud ribuan tahun dahulu. Adalah di-yakini Al Hijr yang dinukilkan Allah SWT didalam Kitab Suci Al Quran adalah kaum yang di-nisbahkan sebagai kaum Thamud. Selain kaum Thamud kaum ini dikenali juga sebagai "Asbab Al Hijr"

Muzium Khazanah Petra,Jordan yang masih dalam pembinaan.


Mungkin Thamud adalah nama seseorang yang menjadi panggilan kaum itu dan Al Hijr sebagai satu kawasan penempatan manusia. Kerana Al Quran  menyatakan Al Hijr adalah juga kaum Thamud yang telah wujud ribuan tahun dahulu. Sebagaimana yang di gariskan oleh Ahli Geography Greek, Pliny dimana beliau menulis kaum Thamud ini menduduki kawasan Demotha dan Hegra yang kini dipanggil Al_Hijr atau Petra.
 
Tetapi walau bagaimana pun sejarah yang paling tua sebagai rujukan kaum Thamud adalah dari rekod Empayar Kerajaan Babylon. Kerajaan Babylon dibawah pimpinan Raja Sargon ll mengalahkan kaum Thamud ini pada kurun ke-8 B.C atau sebelum masehi, Raja Sargon ll telah mengalahkan mereka dalam peperangan di Utara Semenanjung Tanah Arab. 

Kawasan ruang dalam pintu masuk ke Lembah Petra,Jordan

Ahli geography dan sejarah serta filosof Greel seperti Aristotle,Ptolemy dan juga Pliny mengelarkan kaum ini "Thamudaei".
Yang pastinya Allah SWT telah menukilkan didalam Al Quran bagaimana kaum Thamud telah dilenyapkan hingga tiada lagi kaum ini. Kaum Thamud yang dimurkai oleh Allah SWT telah lama  lenyap sebelum kedatangan Rasulullah SAW.
Sebagaimana yang diceritakan didalam Al Quran dimana Al Hijr tidak mengikut ajaran Nabi yang diutuskan kepada mereka. 

Sebahagian dari ahli rombongan yang telah sampai di"Al Khazanah"

"Kerana mereka bagitu bangga dengan tamadun dan harta mereka dengan rumah serta bangunan yang mereka dirikan dari tebukan gunung batu batan yang mereka nyatakan begitu kukuh dan berasa selamat daripada apa juga bencana. Mereka memalingkan muka mereka dari suruhan Nabi yang diutuskan. Kerana sikap sombong mereka, Allah SWT mengegarkan negeri mereka dengan gegaran yang amat dahsyat, tiada apa yang dapat menolong mereka, bangunan kukuh tidak ada ertinya, maka Allah SWT datangkan bencana itu dipagi hari sehingga lenyaplah kaum tersebut" 
(Al Quran 1580 -84)


Kita akan dapat melihat tinggalan kaum Thamud serpihan dan ukiran batu batan yang terdapat  di Lembah Rum, Jordan atau kini lebih dikenali sebagai Petra. Malah Al Quran juga menukilkan akan keahlian dan kepandaian kaum Thamud dalam seni ukiran serta pahatan batu batan.


Ruang legar di hadapan bangunan "Al Khazanah"
(Nabi Salleh AS berkata kepada kaumnya (Thamud) ), "Ingatkah bila Allah SWT memilih kamu (Kaum Thamud) mengantikan kaum Ad dan membenarkan kamu hidup ditanah itu, kamu membina istana didataran, mengukir serta membina rumah kamu dilereng gunung dengan menebuknya, Ingatkah kamu akan Rahmat Allah SWT dan janganlah kamu merosakankan bumi ini" (Al Quran,774)

"Kaum Thamud tidak mengendahkan ingatan dan ajaran Nabi mereka, Kami, (Allah SWT) memberikan tanda kebesaran kepada mereka, tetapi mereka memalingkan muka mereka. Mereka begitu bangga dengan rumah yang diukir kukuh dari tebukan gunung-ganang batu dan merasa selamat dan kuat, namun Allah SWT datangkan gegaran yang dahsyat, maka hilang juga lenyaplah segalanya, dimana segala kebanggan harta lenyap dan tidak berguna kepada mereka" (Al Quran 15.80-84)

Sebahagian ahli rombongan Malaysia yang sampai ke sini.
Pada masa sekarang Petra terletak  disatu kawasan gunung-ganang yang kalau diamatai amat sukar dikunjungi malah agak terpencil dilembah Jordan yang menghubungi Telok Aqaba dan Laut Mati. Disini terletaknya sebuah kota purba yang kini dinamakan sebagai Petra. Menjadi tempat penemuan arkeoloji yang paling dikenali didalam dunia dewasa ini. Petra yang bermaksud "the rock" dalam bahasa Greek adalah sebuah kota necropolis yang terdapat kuil-kuil dan makam-makam yang ditebuk pada dinding batuan gunung-ganang yang berwarna, merah,merah jambu dan batu pasir berwarna oren.


Menkagumi setiap laluan di Petra, Jordan
Pada zaman awal tamadun manusia dikenali sebuah pusat perdagangan, pusat melakukan upacara-upacara bagi budaya Nabatean berkurun lamanya sebelum kedatangan Nabi Isa AS dan sesudah Nabi Isa di utuskan. Petra telah menjalani pengalian Arkeologi sehingga hari ini. Penemuan kediaman yang ditebuk didalam gunung ganang batuan menemukan kediaman dari zaman "Upper Paleothic" yang berusia 10,000 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS juga penempatan Neolithic dari tahun millennium ke7 sebelum kedatangan Nabi Isa AS.
Malah bukti pengalian Arkeoloji membuktikan adanya nya tamadun silam pada zaman Chalcolithic juga pembinaan kediaman zaman "tembaga" masih belum diketemukan. Kawasan Petra ini sekali lagi ditakluki pada zaman "Besi" sekitar 1200 tahun sebelum masehi -atau kedatangan Nabi Isa AS, budaya Edomite yang terdapat pada kitab Perjanjian Lama (Dimana Edom bermakna merah, juga nama diberi didalam kitab perjanjian  lama pada kawasan yang terletak di Timur Tengah).

Mendapat maklumat sejarah kota Kaum Thamud
Pada abad ke 6 - 4 sebelum Masehi (sebelum kedatangan Nabi Isa AS) kaum kuno Arab Nabateans, adalah puak nomadik yang menduduki bahagian barat-utara semenanjung Arab. Mereka memasuki kawasan Petra dilembah Jordan ini secara beransur-ansur sebelum menguasainya dari kaum Edomites. Ini kerana puak Nabatean terdapat dalam catatan sejarah pemerintahan Raja Assyria pada tahun 647 sebelum masehi sebagai musuh pemerintahannya. Pada ma

sa itu kawasan didaerah Petra ini masih dibawah kuasa puak Edomite.

Berehat diruang hadapan kota khazanah -Kaum Thamud
Ada beberapa perkara dan alasan mengapa  Petra dipilih sebagai pusat serta ibu negeri puak Nabatean. Sebahagian dari alasannya adalah kerana keagamaan, ekonomi dan lain lagi. Yang pastinya Petra bermula dari Wadi Musa atau Lembah Musa AS, dan kawasan ini dipercayai Nabi Musa AS memukul tanah batunya dimana terpancar air.(Ini juga dikisahkan bagaimana Nabi Musa AS, dengan kaumnya Bani Israel melarikan diri dari Firaun sehingga kedegilan Bani Israel membuatkan Nabi Musa AS memukul tongkatnya, kerana sikap tidak sabarnya Bani Israel itu.)
Jadi kawasan behampiran Petra ini, juga menjadi tempat suci kaum Nabateans sebagai penempatan tuhan mereka yang digelar Dushara.

Para Pelancung yang memenuhi ruang halaman Al Khazanah
Lembah Petra akan menemukan kita tinggalan kuil El Deir , tinggalan kaum Nabateans, yang menandakan Petra menjadi pusat pemerintahan mereka kerana selain sebagai sebuah kota yang kukuh juga sebagai kawasan yang mendapat bekalan air yang baik dari Wadi Musa. Kawasan yang subur dan tanah pamah yang penting untuk ternakan juga Petra terletak berhampiran dengan laluan khafilah-khafilah dagang. Pusat kaum Nabateans begitu hampir dengan persimpangan laluan dagangan, seperti laluan sutera dan rempah. Laluan ini amat terkenal pada masa itu, terletak hanya sekitar 20 kilometers dari kota Petra.
Dua persimpangan dan laluan terpenting ini adalah laluan sutera dan rempah dari Teluk Persia membawa dagangan dari India dan Cina ke kawasan laut Mediterani dan juga laluan laut merah ke Syria atau Damacus semasa pemerintahan Roms dan Greeks. 
Pelancung Malaysia berehat di lowongan batu batan Petra,Jordan
Pada zaman awal pendudukan kaum Nabateans mereka beperanan sebagai penyamun dan perompak para pedagang-pedagang atau khafilah-khafilah, setelah menjadi lebih kuat mereka menjadikan laluan itu sebagai sumber kewangan pusat negara Nabateans dimana cukai juga bayaran tol dikenakan kepada khafilah dagang yang melalui laluan tersebut dan menjamin keselamatan pedagang-pedagang yang melalui kawasan itu.
Pada abad 3 dan 2 sebelum Masehi, kota Petra terus membangun,kaya dan pusat dagangan khafilah-khafilah dengan perniagaan mereka.
Malah selepas 400 tahun, Petra menjadi kota dominan yang mana kawasan takluk mereka sehinggalah keutara Damascus dan dikota Petra dipenuhi dengan kuil-kuil yang indah-indah ukirannya serta makam-makam serta beribu kediaman dan bangunan perniagaan yang besar yang kini hanya tinggal debu.
Meyelusurin jalan sempit menuju ' Al Khazanah'
Kuil yang paling awal dibina pada kurun 300 sebelum masehi yang menampakan ciri Mesir Kuno dan Assyrian juga pengaruh  Romans dan Greeks yang telah mengilhamkan kaum Nabateans mula memajukan arkitektur mereka yang lebih menonjol. Semua senibina serta struktur pembinaan diukir dari batuan lembut pepasir yang sepatut telah lama hancur atau lenyap tetapi kurang nya hujan dikawasan ini masih dapat kita menyaksikan runtuhan atau tingalan senibina nya.
Pada abad ke 106 masehi, keseluruhan pemerintahan Nabateans telah dikuasai oleh Empayar Roman. Menyaksikan Kota Petra  terus maju dimana pihak Romans pun mula membina bangunan yang ditebok ukir pada gunung-ganang, malah pihak Rom membina panggung -amphi terbuka yang boleh memuatkan 3000 orang.
Kuasa ekonomi dan politik kesemuanya dibawah pentadbiran Rom, dan kaum Nabateans dibiarkan mempraktikan kepercayaan mereka. Apabila Maharaja Constantine's mengistiharkan Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom pada tahun 324 masehi, Petra dan tanah-tanah kepunyaan kaum Nabateans dikawal tadbir oleh Empayar Byzantine selama 300 tahun lagi.
Ukiran tulisan yang dinamakan 'Urn' maqam ada indikasi penduduk Nabateans menukar agama melalui gereja Kristian pada kurun ke-5 dimana sudah ada Bishopric atau ketua padri di Petra. 
Kristinisasi yang datang ke Empayar Roman Byzantine  menjadi titik kejatuhan era " Nabateans" tradisinya yang kian menghilang, budaya yang mula pupus dikota Petra yang indah.
Melalui jalan sempit melihat tinggalan sejarah Petra, Jordan
Bila tertegaknya pemerintahan Khalifah Umayyad pada 661 kawasan sekitar Petra jatuh ketangan pemerintahan Islam dimana kota komersil mula jatuh. Berlaku gempa bumi pada kurun ke- 7 dan kurun ke-8 menghancurkan banyak kota disekitarnya lalu lagi melemahkan dagangan serta infrastruktur ekonomi.Setelah Khalifah Abassiyah  di Baghdad  menerajui daulah negara pada 750 masehi, kawasan Petra dibiarkan dan hampir pupus dari pandangan mata malah dari aspek merekodkan sejarah.Hampir hilang rekod kewujudan nya. Bangunan yang dibiarkan ditelan usia -pada ketika  itu Petra tidak diketahui ramai. Petra tidak lagi dikenali oleh raayat-bangsa luar.